Sunday, June 3, 2012

PENYELAMATKU DATANG JUA AKHIRNYA

Sejak ada assistant ni..ringgan sket kerja akak. Kalu tak tu..nak gi shi2 pun kena pospone ko. Endak plak budak ni memang ada back ground finance, senang sket akak ngajor nya. senang jer dia menangkap apa yang diajar.

So..boleh ler aku concentrate dengan tugasan tax aku yang kejap buat kejap simpan. Lega rasanya bila boleh tumpukan pada satu2 kerja tu sampai siap.But one more thing..aku ni tak reti ngajor orang..lebih2 lagi budak training. Tapi mujur ler dia ni okay dan penah ada experience keja kat tempat lain before. Rajin belajar perkara baru dan paling aku suka dia ni tak malu bertanya.

Dulu, penah gak aku dapat sorang assistant...mulanya nampak okay jer tapi rajin nau mengelamun masa buat kerja.Penah sekali tu aku suruh buat listing...dekat 2 jam gak ler aku biarkan..At last masa aku buat sport check...dia tengah tekun menulis....Bila tanya kerja dah siap ke belum..selamba jer dia jawab, "Belum puan..saya tengah buat sajak ni". Sajak! Sabor jer lah aku time tu... Ikut hati..nak jer aku rojakkan dia...tapi mengenangkan rasa simpati..ku tahankan jugak ler.

Moral of the story mory aku ni..kalu korang ada masalah peribadi..jangan ler campur aduk dengan kerja2 pejabat yer..

Friday, June 1, 2012

PILIH GENG BERSHOPPING..

Sat ni...aku tengah gilerr tengok pakaian ready made..Almaklum ler nak raya dah kan. Tambah lagi biras aku nak kahwinkan anak minggu depan. Ingatkan hari Jumaat ler aku nak shopping kejap mentelah dah kuar lunch tu kan..

Tapi terbantut plak hasrat aku sebab geng cik kiah ni tak berminat pun nak singgah kat booth yagn menjual baju2 tu. Walhal aku ni hampir2 nak tersandung kaki orang dek kerana ghairah menengok baju2 yang kebanyakannya cantik2 dan murah2 lor!

Nak wat camner kan..tersilap pilih geng plak hari ni...tapi kalu kawan aku yang sorang tu...hihi..memang satu kepala bab2 mengambihkan duit laki memasing!.Tapi dek kerana ada kelas agama ari ni..so aku tak mau ler kacau dia...aku ni jer yang ngelat...huhu..

Seronoknya bershopping kalu kita pergi dengan orang yang satu kepala ni..boleh tumpang idea dia bab match baju dgn tudung dan kasut ni. Pergi dengan hubby aku cuma seronok time dia kuar duit untuk bayor rega baju aku jer. Tapi sakit hati kalu tanya pendapat dia tentang baju2 ni. Asal di tanya jerr..ni jawapannya...cantik! cantik! beli! walhal aku sajer tunjuk kat dia kaler baju yang cam "harem" gitu.

Tak per..esok kan masih ada Saturday lagi tuuu..time shopping aku !...Baby dan abang ade kan? Abang ni sejak dok Kuantan..pandai plak jadik tuan penasihat aku..Mungkin sebab mata dia dah buntang tengok makwe2 kolej dia berfesyen...so dia pun nak mama dia pun bergaya gak...Ingatkan service nyer percuma. Rupanya.... mama,  20%....Hish! sumer nak upah!

Wednesday, May 30, 2012

CAKAP BESORR...

Bukan ler aku berniat nak aibkan dia ni ...Buktinya aku tak letak pun nama penuh bt bapak dia kat sini kan? (Dalam hati tu..cam rase nak taip jer...).

Bagi orang yang tak kenal dia ni sape..boleh ler dia cong korang dengan citer "Bangsawan" dia tu tapi aku baca rasa cam kelakar plak. Fuhh..citer dia yang sekarang ni dapat pendapatan lumayan berbeza mengalahkan kita yang makan gaji ni buat bulu ketiak aku merinding kegelian.

Dia berciter cam tak hingat dunia..dan tak hingat yang citer2 dia yang berabuk  berasap- rasap tu..satu hari orang akan tau gak betul ke tak. Expecially aku yang suka nau jadik spy. Korek punya korek berdasarkan maklumat sahih....Kah! kah! kah! nak tercabut nyawa rasanya bila informer aku bagi tau yang minah loaded yang dikatakan berjaya ni..cuma ada RM18 hengget jer dalam akaun dia...

Apa cer! Kata sejak jadi usahawan wanita ni ...pendapatan lumayan?. Ker..ko nak kasik aku tangkap jeles dengan citer karangan ko tu? Eiiiiskkk...lain tahun okay...Atau ko nak bagi tau yang walaupun ko tak berjaya nak jadi the 2nd woman ...hidup ko lebih bahagia berbanding aku?..

Apa2 jer lah minah oii!!Kalu ko nak declare yang ko lagi kaya dari tokeh gula yang terkaya di Malaysia tu pun....ADA AKU KISAH???

PERNAHKAH KAU BERMIMPI SEKETIKA....

Tengah layan lagu Siti Nurhaliza "Pernahkah kau bermimpi seketika..berada di tempatku...Teringat seketika pada sorang teman aku yang penah berkata..Alangkah seronoknya kalau I jadi you Hanie...

Seronok? Tang mana yang seronok tu...Korang tau apa dia kata...?Pada dia...betapa bahagianya jadi aku sebab ada suami...anak2 di sisi.. tak punya masalah kewangan. Berbeza dengan kehidupan dia yang serba serbi tak sempurna..

Duhai kawan...jangan berfikir untuk berada di tempatku seperti kata lirik lagu Siti tu. Malah bukan mudah untuk berada di tempat aku. Aku juga tidak sesempurna yang difikirkan. Kehidupan aku pun penuh dengan dugaan dan cabaran. Malah aku pernah hampir2 kecundang...namun kekuatan semangat dan kesabaran dalam menempuh ujian Tuhan...menempatkan aku di sini...

Aku juga punya kekurangan seperti manusia lain...banyak kelemahan yang perlu aku baiki dan perbetulkan. Perlu ker aku beritahu dugaan dan rintangan yang aku tempuh selama ni untuk sampai ke tempat ini. Apa yang kau nampak cuma cerita yang terindah jer....

So..kawanku..tak perlu bermimpi untuk jadi seperti aku...tapi bermimpilah untuk jadi yang lebih baik dari itu...Muga kau berjaya mengapai impianmu sahabatku.....

Sunday, May 27, 2012

PETAI, JERING & KERDAS

Sapa di antara korang yang suka makan petai, kerdas dan jering dan tah apa lagi ler benda pelik2 tapi ramai peminat yang mengemari ulam-ulaman ni.

Seriously..aku tak sentuh langsung kerdas dan juga jering sebab baunya yang buat mata aku berpusing 360 degree. Bukan sebab aku dibesarkan dibandar tapi memang aku tak suka...nak buat camner kan.? Petai tu pun..aku belajar makan start aku dah remaja. Tu pun..dah dimasak buat sambal, baru ler aku sentuh. Nama nak makan mentah2 dan menghidu bau aslinya ...kuang! kuang! kuang! mau koma aku!

Tapi tu dulu...sekarang ni sambal petai tu kegemaran akak youuu!!Sampaikan masa akak pregnant anak pertama dulu...tetiba teringin sangat nak makan sambal petai omak akak..Maka dengan tak malunya..hubby aku mintak mak masakkan untuk bini dia yang tengah mengidam. (Orang sayang bini ler katakannn..)
Sambal petai ni pembuka selera..yummy!

Herannya anak ke2 pun sama gak teringin nak makan sambal petai. Cam tak de makanan lain yang lebih sedap lagi kan? Mintak ler lasagna ker...bolognaise ker...Agaknya dek kerana  "keegoan" aku yang tak mau menyentuh makanan tu dulu!
                           Orang panggil ni jering tanam..Bau nyer boleh bikin tanam orang!

Tapi sampai sekarang petai jer yang aku makan okay! Jering dan kerdas yang boleh buat bilik air meletup dengan keharuman bau nyer tu..aku tak lalu makan sampai sekarang.. Bukan nak menyombong tapi realiti...itu bukan favourite aku nyah oii..

                          Ni ler kerdas..Dulu aku ingat ni buah berangan...nak mintak emak beli!

HUJUNG MINGGU YANG MEMBOSANKAN

Korang hari Minggu mesti dok tak lekat kat umah kan? Tu ler aku dulu sebelum hubby aku sebuk dengan aktiviti projek rumah baru dia tu. Pendekata sapa yang nak datang umah aku..kena buat appointment dulu tau sebab nanti sakit tekak ko bagi salam..sebab tuan umah tak de!

Pagi2..orang breakfast dulu tapi aku buat kerja dulu...Perut aku ni kalu disumbat makanan pepagi sangat, alamat terkejut dia. Mesin baju dan sapu sampah dan lap apa yang patut...baru ler aku makan.

Sementara menunggu kain yang ligat berpusing dalam washing machine tu..aku ke dapur menyiapkan bahan untuk masakan hari ni. Sajer buat preparation awal sebab nak tengok Melodi dan Nona..rancangan favourite aku!. Hari ni aku masak kari daging dan terung goreng berlada... tu masakan kegemaran hubby dan anak2ku.

Dah siap masak dan sidai kain, apalagi....mula ler aktiviti melepak aku depan tv. Siap bawak pinggan nasi lagi depan tv ko...baru ler sedap makan. Tapi bila perut dah kenyang...tak semena2 terlena akan depan tv. Sedor2 jer dah nak hampir tamat rancangan Nona...

Plan dengan baby nak gi Guardian lepas ni. Biasa ler orang pompuan kan..banyak mende nak beli ni expecially contact lens solution akak.. Nak belajar2 jadi glam gitu..Hiks!

Friday, May 25, 2012

SEMANGAT NIH...

Setiap kali balik umah..aku akan terpandang benda yang sama..pemandangan yang sama...Satu hari tu adik aku yang lelaki ni datang umah untuk menjenguk emak. Huh! mengalahkan Eric Leong lagi dia...suggest kan aku...gambar ni letak kan sini...almari antik tu pindah kat sini...

Dia ni memang berbakat dalam menghias dalaman umah. Kreativiti dia ni mengalahkan akak yang perempuan ni. Aku ni bab2 menghias ni tumpul sket...Kengkadang tu dah penat susun atur perabot rumah..masih nampak ada yang tak kena.

Bila dah diberikan idea2 yang cukup bernas ala2 beras keluaran negara BERNAS tu...aku pun bersemangat nak mengatur perabot dan hiasan rumah. Tapi tu lah kan...baru enjin nak mula warm up..baby plak sakit..terbantut ler usaha murni aku tu sekejap.Boleh nyer panggil interior designer, tapi lebih seronok kalu hiasan rumah tu hasil air tangan sendiri kan...percuma lagi!

Tapi sebenarnya..kerja2 mengubahsuai ni tak leh gak aku sorang yang tunggang sebalik menguruskannya. Hubby dan anak bujang aku ni 24hours sibuk kat rumah sewa baru dok mengecat tak habis2. Nak mengangkat perabot berat2 tu..kena ler aku fikir 100x. Tulang aku ni dah ler mencapai jangka usia nak expired, kang sajer cari pasal plak dok spital...Rumah tak berkemas..aku plak "dikemaskan" di hospital nanti. Hikss...